Leave your words

Saturday, 21 July 2012

PTS, MS.E dan AI.


Walaupun aku dah takda facebook, tapi WLA tetap di hati dan tetap terus berkarya dekat sini. Sebab WLA lah tempat aku jumpa ramai blogger berseni dan retis. hehe. Kali ni nak kongsi beberapa karya ahli WLA yang menggunakan macam-macam perisian (software). *pehh perisian..



Maksud dekat title tu ialah Paint Tool Sai, Microsoft Office Excel dan Adobe Illustrator. Jadi hari ni nak kenalkan tiga ahli WLA yang pakar dalam software yang digunakan tu.




Ini lukisan daripada Shahida. Masa ni aku ada buat aktiviti mewarna dan aku cuma sediakan lukisan tu tanpa warna. Memang ramai yang hasilkan teknik yang menarik. Paling menarik perhatian aku, lukisan Shahida ni lah. Shahida ni pakar bab Paint Tool Sai. Kehalusan warna dia memang gila ohsem dan aku sendiri tengah cuba tapi gagal. Namun, kita kena cuba lagi. ngah ngah. Korang boleh tengok hasil lukisan Shahida yang lain-lain di devianart. Ohsem!






Keri Ikhwan. Pandai guna MS Excel, Paint Tool Sai dan lain-lain. Hasil, memang always tip top. Katanya dia belajar lukis guna excel melalui blog aku. Tapi kalau korang tengok apa yang dia dah hasilkan, memang aku kalah. haha. Sangat cantik, kemas dan semestinya ohsem bebeh..



Katanya si Keri ni dah lama tak melukis guna Excel. Mood dia entah ke mana entah. Sila tanya dia. :)




Korang boleh terjah blog ahli WLA yang gila-gila ni di blog IlusiDunia. Banyak lukisan berunsur nasihat. Bagi aku, pakej. Ada seni dan ada nasihat. :)







Aneng. Seorang pelukis yang memang berbakat. Aneng lukis vector guna Adobe Illustrator, wacom, dan tablet. Info ni aku dapat melalui facebook satu ketika dulu. Heh heh. Sebenarnya banyak lagi lukisan daripada Aneng yang sangat tip top. Serius korang akan ternganga macam Ju On. *kekening.




Lukisan tu adalah lukisan pertama Aneng guna Ai. Gempak tak gempak? Gempak. First time guna terus menjadi. Terjah blog ohsem Aneng dekat sini. Banyak lukisan kebabo ada di situ.




Penulisan aku macam huru hara sikit. Ni gara-gara nak cepat ke majlis penting. ngah ngah hai...




Hari ni kongsi tiga karya ahli WLA dan sebenarnya kalau nak kongsikan semua, memang kena ambil masa lama nak post entri ni. Sebab terlalu ramai yang berbakat. Masing-masing dengan cara tersendiri. Semoga WLA terus maju, meriah dan kumpulkan ke semua artis.

by : nurdani.

 

7 comments:

keri ikhwan said...

wow... tak sangka aku punya artwork ada kat sini ^O^

Shahida punye lukisan rambut mmng terbaik. suka lukisan dia bila pakai teknik cross hatching tu.

aku memang dh lama x guna excel. berbulan dah. sebab excel kena guna bnyak masa. tapi hasilnya memng lg cun.

Aneng si pakar potret dan karikatur. bleh guna apa saja jenis sofwer dgn baik. dan segala teknik melukis sama ada digital atau manual. ohsem

nurdani said...

@keri : betul tu. excel ambil masa sikit tapi best. lukisan shahida, kau dengan aneng memang antara yang terbaik

Azhafizah Md Nor said...

suka dengan karya shahida tu..teknik mewarna dia sangat ohsem!
keri pulak ohsem dengan doodle bermessage tu..suka!
aneng pulak macam macam method dia guna sumenye ohsem!

nurdani said...

@azhafizah : ketiga-tiga mereka ada gaya tersendiri. kagum kan fiza?

Arra Ahmad said...

sangat kagum dengan sesiapa yang pandai lukis..:)

Cikgu Jiss said...

patutlah lenguh mama cari Dani x ada rupanya dah tak ada fb, ari ni bila mama buka fb di fanpage Pakar Diari hati ada dani punya hasil baru nak share rupanya tuannya dah tutup kedai hehehe.. proud of u, apapun mediumnya buat anak2 mama tak penting, yang pentingnya dakwah yang ingin kita sampaikan. walaupun hanya satu perkataan semoga dapat membawa ke jalan yang benar dan diredhainya. Selamat beramal, insyaAllah apa nawaitu kita Allah sentiasa tahu.

aneng hitchies said...

HALAMAK ! Malu nya haku . Apa lah kau nih post yang itu . HAHA .

tadi sesaja je terjah 'Aneng Si Pelukis' kat google . tup tup . yang nih keluar . HAHA