Leave your words

Wednesday 30 November 2011

Portrait Vector - by Didi

Hasil potret vektor daripada Didi, iaitu salah seorang ahli WLA yang dulunya mempunyai blog beliau sendiri tetapi telah tidak aktif menghapdet blognya kerana terlupa katalaluan. Kini blognya telah kelaut dan mungkin menjadi terumbu ikan. Software yang digunakan untuk menguli vektor ini ialah Adobe Illustrator CS5 sepenuhnya. 

 
Fiza

Syarafi

Manzarina

Makcik Zuri (bukan warga WLA)


Saturday 26 November 2011

Shoes design by WLAians-by Azhafizah

Aktiviti best dari cik Tyra merahitujambu dengan Nurdani berbekalkan sapasang kasut kosong pada 24 November Thursday at 8:54pm. Ramai warga WLAians telah menyahut cabaran dan  masing-masing mengeluarkab idea dan design yang superb hebat!

Dari penganjur Cik Tyra MIJ






















DD

Terima kasih kepada semua yang join memeriahkan aktiviti WLA.Semua hebat mendesign!


Monday 21 November 2011

[BRANDING] : WELOVEARTS ! BY AA GRAPHIC-By Adam


Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

First time conteng dekat blog welovearts ni ! Ok, Sebelum nak cite pasal design, aku nak perkenalkan diri dulu. Nama aku adam dan nama blog aku AA graphic! aku bukan professional graphic designer sebab aku bukan berasal dari jurusan seni-seni rekaan ni. Pernah join graphic2 designer dengan event2 mereka, tapi aku tak boleh focus dalam bidang ni sebab aku ada career aku yang tersendiri. 

Aku buat semua ni sebagai hobi bagi mengisi masa lapang dan menggunakan segala perisian rekaan dari Adobe seperti Photoshop, Illustrator, Lightroom, after effects dan lain-lain software seperti Corel draw. Ok dah bosan? Sekarang aku nak cite pasal branding yang baru je aku buat semalam! Aku buat ni khas untuk WLA ~


Logo ni aku hasilkan untuk nampak lebih kompetitif (aku sebut je), dan nampak ada jiwa muda bagi menggantikan logo lama yang aku buat (nampak macam logo group orang tua2). haha!  Deskripsi design seperti di bawah :

Vector shape tangan : 
Bermaksud genggaman tangan tu menunjukkan usaha dan semangat korang yang kuat dalam menghasilkan design-design peribadi korang. cehhh ~

Warna oren : 
warna oren adalah warna yang melambangkan kreatif ! Hanya mereka yang pakar dalam menilai warna sahaja yang tahu warna oren adalah warna kreatif dalam jiwa kita. Means, kalau korang memang secara semulajadi dilahirkan dan meminati warna oren, kira korang ni kreatif la macam ad.. hakhakhak !

Warna merah dan kuning:
warna merah melambangkan perjuangan ! dan warna kuning melambangkan warna diraja (pada zahirnya), tapi bagi konsep ahli-ahli seni, warna kuning adalah warna kegembiraan.

So bila kita singkatkan semua maksud-maksud ni, logo yang aku buat ni bermaksud, semangat dan usaha yang kuat dengan kreativiti yang ada dalam memperjuangkan seni rekaan mampu memperoleh kegembiraan dan kejayaan dalam memuaskan nafsu sendiri hati kita dan mereka yang suka kan rekaan kita. Cehhh ~

So logo ni boleh digunakan dalam pelbagai versi seperti dibawah !





So ini sahaja konsep branding yang ingin aku sampaikan. 1 penjenamaan yang baik mampu digunakan dalam banyak perkara. cehh ~ semoga korang dapat komen idea aku ini ya. Dan T-shirt tu, aku tak buat printing, kepada korang yang rasa nak t-shirt ni, sila tanya Cik Fiza pengetua AF WLA ! Bye ~

P/S : Majulah seni untuk diri sendiri ! hehe ~




Saturday 19 November 2011

Vector Graphic Ahli WLA #2-by Azhafizah

Sorry ye agak lambat update disini.Untuk simpanan di arkib WLA hasil kerja tangan Fiza.Masih perlu tingkatkan usaha untuk hasil yang lebih baek..^__________^









Friday 18 November 2011

Karya menggunakan Microsoft Office Excel 2007-Nurdani

Di sini dapat share beberapa vector sahaja sebagai koleksi karya excel. Tools yang digunakan ialah Curve, Scribble, Freeform dan Oval. Durasi setiap vector bergantung kepada tahap susah or senang untuk disiapkan. Paling cepat ialah 18 ke 25 minit dan paling lambat ialah 1 hingga 2 jam.













Ini adalah blog utama saya http://nurdaniub.blogspot.com/ dan blog kedua iaitu http://artworknurdani.blogspot.com/