Leave your words

Saturday 1 September 2012

Jejaka kreatif

Geram bila tengok kartun tu? Rasa macam nak anyonyonyo? Ya, aku rasa nak peluk-peluk je kartun ni. Heh heh. Aku rasa macam kenal blogger ni, walaupun blognya masih baru tapi aku rasa macam kenal gaya lukisan ni. Bab followers, hari tu aku tengok ada tujuh lapan orang, tapi hari ni dah seribu lebih. Dalam masa singkat. Hebat sehh....


Menggunakan Bob Beso Betol sebagai nama blog. Comelnya lah hai nama. Bila tengok semua kartun dalam entri dia, cukup terpikat. Lukisan yang kemas, ada identiti dan warna yang digunakan dia sangat ceria. Ada kisah menarik, mesej tertentu etc etc.


Sila terjah blogger kreatif ni di SINI.


by-nurdani-

Monday 23 July 2012

Lukisan ketenangan

Deep blue sea
Tajuk tu sebenarnya nak tunjukkan yang lukisan-lukisan dalam entri ni berunsur ketenangan. Harap maklum. Hehe. Ini karya lama guna SAI. Dulu saja nak membiasakan diri gunakan SAI sebab hasilnya bagi aku menarik. Kalau korang sendiri cuba benda ni, insya Allah memang akan rasa seronok. Dulu memang aku sentiasa dengan MS Excel. Sentiasa. Setiap kali buka je netbook, mesti nak godek-godek excel. Macam-macam aku buat. Eksperimen itu ini.



Tapi bila diperkenalkan dengan SAI, masa tu tak yakin lagi samada aku boleh buat ke tak. Tutorial yang berlambak dekat blog and youtube tu kalau tak digunakan sebaiknya, memang haruslah tekup muka dengan bantal sekuat-kuatnya. Cuma ingin dinyatakan dekat sini, aku tak pernah curang dengan excel sebab kadang-kadang excel tetap digunakan untuk digabungkan dengan SAI. Kolaborasi. :)



Woods

Semua karya aku menggunakan SAI ni, tak hebat. Setakat boleh cuci mata sikitlah. Hee. Ramai ahli WLA yang pakar SAI. Kalau nak disenaraikan, aku sendiri pun tak berapa nak ingat sebab boleh tahan ramai. Kalau nak kenal atau berminat nak berseni-seni ataupun nak dapatkan tutorial tentang SAI dan lain-lain, boleh ke WLA



Tapi lepas dah add, dekat sana bukan tempat untuk ping entri berkaitan minta vote atau benda tak berkaitan seni. Sila baca rules yang dah disediakan oleh admins. Hidup jangan malas. :)


nurdani.

Saturday 21 July 2012

PTS, MS.E dan AI.


Walaupun aku dah takda facebook, tapi WLA tetap di hati dan tetap terus berkarya dekat sini. Sebab WLA lah tempat aku jumpa ramai blogger berseni dan retis. hehe. Kali ni nak kongsi beberapa karya ahli WLA yang menggunakan macam-macam perisian (software). *pehh perisian..



Maksud dekat title tu ialah Paint Tool Sai, Microsoft Office Excel dan Adobe Illustrator. Jadi hari ni nak kenalkan tiga ahli WLA yang pakar dalam software yang digunakan tu.




Ini lukisan daripada Shahida. Masa ni aku ada buat aktiviti mewarna dan aku cuma sediakan lukisan tu tanpa warna. Memang ramai yang hasilkan teknik yang menarik. Paling menarik perhatian aku, lukisan Shahida ni lah. Shahida ni pakar bab Paint Tool Sai. Kehalusan warna dia memang gila ohsem dan aku sendiri tengah cuba tapi gagal. Namun, kita kena cuba lagi. ngah ngah. Korang boleh tengok hasil lukisan Shahida yang lain-lain di devianart. Ohsem!






Keri Ikhwan. Pandai guna MS Excel, Paint Tool Sai dan lain-lain. Hasil, memang always tip top. Katanya dia belajar lukis guna excel melalui blog aku. Tapi kalau korang tengok apa yang dia dah hasilkan, memang aku kalah. haha. Sangat cantik, kemas dan semestinya ohsem bebeh..



Katanya si Keri ni dah lama tak melukis guna Excel. Mood dia entah ke mana entah. Sila tanya dia. :)




Korang boleh terjah blog ahli WLA yang gila-gila ni di blog IlusiDunia. Banyak lukisan berunsur nasihat. Bagi aku, pakej. Ada seni dan ada nasihat. :)







Aneng. Seorang pelukis yang memang berbakat. Aneng lukis vector guna Adobe Illustrator, wacom, dan tablet. Info ni aku dapat melalui facebook satu ketika dulu. Heh heh. Sebenarnya banyak lagi lukisan daripada Aneng yang sangat tip top. Serius korang akan ternganga macam Ju On. *kekening.




Lukisan tu adalah lukisan pertama Aneng guna Ai. Gempak tak gempak? Gempak. First time guna terus menjadi. Terjah blog ohsem Aneng dekat sini. Banyak lukisan kebabo ada di situ.




Penulisan aku macam huru hara sikit. Ni gara-gara nak cepat ke majlis penting. ngah ngah hai...




Hari ni kongsi tiga karya ahli WLA dan sebenarnya kalau nak kongsikan semua, memang kena ambil masa lama nak post entri ni. Sebab terlalu ramai yang berbakat. Masing-masing dengan cara tersendiri. Semoga WLA terus maju, meriah dan kumpulkan ke semua artis.

by : nurdani.

 

Thursday 23 February 2012

Karya menggunakan Paint versi 6.1 - Nurdani

Inspirasi menconteng guna Paint versi 6.1 ni bermula bila print screen sesuatu kat blog then paste di dalam Paint. Tengok-tengok dalamnya ada banyak tools menarik. 


So terus la conteng-conteng ikut suka hati. Ada yang rujuk gambar dan ada yang ikut nafsu sendiri. Keh keh. 


Conteng guna benda alah ni memang seronok sebab boleh buat style bajet pelukis hebat and then terus jadi satu seni yang macam menggunakan tangan+berus+air = watercolour by hand.


Semoga enjoy melihat karya tak seberapaku ini. :)















by : Nurdani

Sunday 15 January 2012

[WALLPAPER] #3 : WLA FREEBIES BY DIDI

Wallpaper Wolverine daripada cerita X-Men. Sebenarnya aku nak tambah banyak lagi background dia tapi tetiba takde idea apa nak tambah. So aku kasi terus macam ni la. Aku try buat desktop wallpaper agak smart la sebab kaler hitam+kuning+biru tu macam sesuai jer. Wallpaper ni bersaiz 1600x900 jugak. 


Friday 13 January 2012

[WALLPAPER] #2 : WLA FREEBIES BY DIDI

Ada dua wallpaper yang aku nak kasi FREE jer kat anda-anda semua. Kalau rasa berkenan amek leww tanpa segan silu. Tapi kalau dah ambil jangan lupa ucap terima kasih dalam hati sebab aku dah set automatik sape amek aku ucap sama-sama. hehe. Kesemua wallpaper ni dalam saiz 1600x900. Kepada sesiapa yang tidak menggunakan resolusi skrin lebar maka aku bersimpati. Tak dapek den nak nolong eh.


Line art wallpaper (aku main bedal je nama ni)


Vektor wallpaper

Kesemua wajah diatas adalah random person yang aku ambil dari album gambar aku. So kalau rasa rupa ada iras-iras korang, haa ekau la tu.