Leave your words

Tuesday 26 November 2013

THE AMAZING TEDDY BEAR JOURNEY BY KHAIRULSYARAFI


Aku datang dengan penuh perasaan, Aku juga makhluk yang mempunyai perasaan. Aku suka menyimpan nostalgia dan erti kata lain aku adalah sperti kamera lama yang telah usang. Hari demi hari aku sampai di sebuah planet. Sebuah planet yang didiami manusia. Ia dipanggil planet bumi. Sesiapa jumpa aku, 'En.Teddy' aku perkenalkan nama aku. Tidak susah dan hanyalah mudah untuk kata-kata yang manis sahaja.



Disebuah kotaraya metropolitan, aku memerhati. Ada satu spesis di bumi. Manusia. Spesis ini pula dibahagikan kepada dua. Satu spesis berjiwa hamba dan satu lagi spesis berjiwa kacau. Spesis berjiwa hamba ini aku menabik hormat bak kata warga British adalah 'Respect'. Jiwa mereka istimewa kerana kehidupan mereka normal. Implikasi jiwa mereka, mereka selalu ditindas. Salah satu lagi spesis jiwa kacau. Segala-gala jiwa mereka diserahkan pada kerja sahaja. Wahai Tuhan yang Maha Agung selamatkanlah mereka. Hasil gabungan kedua-dua spesis ini, kotaraya metropolitan ini menjadi kelam dan semakin kelam.



Aku meneruskan sehingga penghujung perjalan aku, Sudah jauh aku mengembara, Sudah lama aku menghilang dari kampung halaman. Sudah lama. Hari makin hari, makin ramai aku mengenali. Beraneka karenah aku belajar. Paling penting spesis disini mempunyai apa yang aku tiada. "Hati". Sungguh indah jikalau aku mempunyai "Hati". Selamat Tinggal 'Bumi' berpenghunikan makhluk yang mempunyai ' Hati '.
Aku pulang
"Jangan Pergi En. Teddy!!!'
jeritan spesis berjiwa hamba
" The End of Amazing Teddy Bear Journey"
 
-Illustrasi manipulasi gambar dan cerita adalah 100% dari khairulsyarafi-

Tuesday 26 March 2013

Pause


Dah lama aku perhatikan blog ni tak ada entri terkini. Ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing termasuklah aku. Ada yang kena tumpu dengan pelajaran/assignment dan ada jugak yang bagi komitmen pada kerja. Walaumacam mana pun, aku update jugak entri ni sebab ada kelapangan yang sementara. 


Kejap lagi nak kena lompat atas kerusi mengadap kerja balik. Kerja pun bawak balik rumah. Betul-betul pekerja contoh. ngehngehngeh.


Teruskan mengikuti blog ni sebab akan menyusul karya-karya daripada mereka yang berbakat tak kira dalam atau luar negara. :)


-nurdani. 

Saturday 1 September 2012

Jejaka kreatif

Geram bila tengok kartun tu? Rasa macam nak anyonyonyo? Ya, aku rasa nak peluk-peluk je kartun ni. Heh heh. Aku rasa macam kenal blogger ni, walaupun blognya masih baru tapi aku rasa macam kenal gaya lukisan ni. Bab followers, hari tu aku tengok ada tujuh lapan orang, tapi hari ni dah seribu lebih. Dalam masa singkat. Hebat sehh....


Menggunakan Bob Beso Betol sebagai nama blog. Comelnya lah hai nama. Bila tengok semua kartun dalam entri dia, cukup terpikat. Lukisan yang kemas, ada identiti dan warna yang digunakan dia sangat ceria. Ada kisah menarik, mesej tertentu etc etc.


Sila terjah blogger kreatif ni di SINI.


by-nurdani-