Leave your words

Monday 23 July 2012

Lukisan ketenangan

Deep blue sea
Tajuk tu sebenarnya nak tunjukkan yang lukisan-lukisan dalam entri ni berunsur ketenangan. Harap maklum. Hehe. Ini karya lama guna SAI. Dulu saja nak membiasakan diri gunakan SAI sebab hasilnya bagi aku menarik. Kalau korang sendiri cuba benda ni, insya Allah memang akan rasa seronok. Dulu memang aku sentiasa dengan MS Excel. Sentiasa. Setiap kali buka je netbook, mesti nak godek-godek excel. Macam-macam aku buat. Eksperimen itu ini.



Tapi bila diperkenalkan dengan SAI, masa tu tak yakin lagi samada aku boleh buat ke tak. Tutorial yang berlambak dekat blog and youtube tu kalau tak digunakan sebaiknya, memang haruslah tekup muka dengan bantal sekuat-kuatnya. Cuma ingin dinyatakan dekat sini, aku tak pernah curang dengan excel sebab kadang-kadang excel tetap digunakan untuk digabungkan dengan SAI. Kolaborasi. :)



Woods

Semua karya aku menggunakan SAI ni, tak hebat. Setakat boleh cuci mata sikitlah. Hee. Ramai ahli WLA yang pakar SAI. Kalau nak disenaraikan, aku sendiri pun tak berapa nak ingat sebab boleh tahan ramai. Kalau nak kenal atau berminat nak berseni-seni ataupun nak dapatkan tutorial tentang SAI dan lain-lain, boleh ke WLA



Tapi lepas dah add, dekat sana bukan tempat untuk ping entri berkaitan minta vote atau benda tak berkaitan seni. Sila baca rules yang dah disediakan oleh admins. Hidup jangan malas. :)


nurdani.

7 comments:

Keri said...

wah .. tak pernah tengok pun lukisan ikan tu.. yg woods tu pernah la ko tunjuk. menjadi walaupun simple

nurdani said...

@keri ikhwan : rasanya aku share dekat blog aku je kot

vendoline said...

wah mcm best je...byk kmahiran

beat said...

cNTIK...PHOTSHP?

Unknown said...

cantik tenang ja melihat lukisan saudari ni...

nurdani said...

ini Paint Tool Sai :)

YouSOF said...

Rasa segan pulak sebab aku tak pernah sentuh software SAI ni hehe