Aku datang dengan penuh perasaan, Aku juga makhluk yang mempunyai
perasaan. Aku suka menyimpan nostalgia dan erti kata lain aku adalah
sperti kamera lama yang telah usang. Hari demi hari aku sampai di sebuah
planet. Sebuah planet yang didiami manusia. Ia dipanggil planet bumi.
Sesiapa jumpa aku, 'En.Teddy' aku perkenalkan nama aku. Tidak susah dan
hanyalah mudah untuk kata-kata yang manis sahaja.
Disebuah kotaraya metropolitan, aku memerhati. Ada satu spesis di bumi.
Manusia. Spesis ini pula dibahagikan kepada dua. Satu spesis berjiwa
hamba dan satu lagi spesis berjiwa kacau. Spesis berjiwa hamba ini aku
menabik hormat bak kata warga British adalah 'Respect'. Jiwa mereka
istimewa kerana kehidupan mereka normal. Implikasi jiwa mereka, mereka
selalu ditindas. Salah satu lagi spesis jiwa kacau. Segala-gala jiwa
mereka diserahkan pada kerja sahaja. Wahai Tuhan yang Maha Agung
selamatkanlah mereka. Hasil gabungan kedua-dua spesis ini, kotaraya
metropolitan ini menjadi kelam dan semakin kelam.
Aku meneruskan sehingga penghujung perjalan aku, Sudah jauh aku
mengembara, Sudah lama aku menghilang dari kampung halaman. Sudah lama.
Hari makin hari, makin ramai aku mengenali. Beraneka karenah aku
belajar. Paling penting spesis disini mempunyai apa yang aku tiada.
"Hati". Sungguh indah jikalau aku mempunyai "Hati". Selamat Tinggal
'Bumi' berpenghunikan makhluk yang mempunyai ' Hati '.
Aku pulang
"Jangan Pergi En. Teddy!!!'
jeritan spesis berjiwa hamba
" The End of Amazing Teddy Bear Journey"
-Illustrasi manipulasi gambar dan cerita adalah 100% dari khairulsyarafi-